Tahanan di penjara Nafha tangguh mogok lapar

GAZA, 13 Jun 2016 (PIC) — Tahanan Palestin di penjara Nafha yang melancarkan mogok lapar semalam menangguhkan tindakan mereka setelah pihak Perkhidmatan Penjara Zionis bersetuju untuk menghentikan amalan provokatif dan pencabulan hak para tahanan.

Para tahanan terbabit, yang dikaitkan dengan pergerakan pembebasan Hamas, semalam melancarkan mogok lapar sebagai membantah sikap pihak pengurusan penjara yang tidak boleh bertolak ansur dan mencabul hak para tahanan mengamalkan ajaran agama mereka.

Sebelum ini, pihak pengurusan penjara telah membuat perjanjian dengan para tahanan penjara Nafha untuk menghormati hak mereka. Namun pihak penjara mengarahkan tentera Zionis menyerang masuk Seksyen 12 penjara tersebut ketika para tahanan sedang mendirikan solat sunat terawih.

Serangan tersebut mencetuskan pergaduhan sehingga Seksyen 12 ditutup sepenuhnya.

Menurut kenyataan Pejabat Media Isra, mogok lapar merupakan langkah pertama sebagai amaran kepada pihak rejim supaya menghormati perjanjian mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts