GAZA, 15 Mei 2016 (PIC) — Tahanan Palestin dalam penjara Zionis di Gurun Naqab dibiarkan dalam keadaan panas membakar apabila gelombang panas mula melanda wilayah tersebut.
Suhu di dalam penjara yang terletak di kawasan gurun itu meningkat dan memberi kesan kepada para tahanan, menyebabkan sebahagian daripada mereka pitam dalam keadaan tidak mendapat kemudahan rawatan kesihatan sebaiknya.