AL-KHALIL, 26 Julai 2018 — Mahkamah tentera Zionis hari ini melanjutkan tempoh tahanan ke atas jurnalis dan penulis Palestin, Lama Khater, selama lapan hari lagi.
Lama, ibu kepada lima orang anak, ditangkap dari rumahnya semalam dan dipaksa melalui proses soal siasat secara kasar dan sangat panjang.
Sementara itu, tempoh tahanan ke atas wanita Safa Abu Sneinah dilanjutkan selama tujuh hari lagi. Ibu kepada empat orang anak itu diculik dari rumahnya di al-Khalil pada 17 Julai lalu.
(PIC)