Tahanan mogok lapar berhenti minum air, boikot mahkamah Zionis

RAMALLAH, 12 Dis 2016 (PIC) — Dua tahanan mogok lapar, Anas Shadeed dan AHmad Abu Fara, memutuskan untuk berhenti mengambil air minum dan memboikot mahkamah Zionis sebagai membantah keputusan Mahkamah Agung Zionis menolak rayuan pembebasan mereka hari ini.

Mereka yang mogok lapar sejak 79 hari itu turut menolak sebarang lawatan peribadi mulai kam 6:00 petang hari ini.

Mahkamah Agung Zionis enggan membebaskan mereka walaupun keadaan kesihatan mereka sangat kritikal. Anas kini tidak dapat melihat sama sekali dan tidak mampu untuk bercakap, manakala Ahmad hilang penglihatan di mata kanan dan menderita pening kepala dan sakit dada.

Mereka melancar mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbira tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan ke atas mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts