Tahanan mogok lapar berhenti minum air sejak 2 hari

JENIN, 24 Okt 2017 — Tahanan Bilal Diab yang melancar mogok lapar sejak tujuh hari lalu kini berhenti minum air dan tidak lagi mengambil vitamin sejak semalam.

Bilal, 32, melancar mogok kerana membantah gangguan dan layanan buruk oleh pihak penjara.

Beliau dipindahkan dari penjara Gurun Naqab ke dalam kurungan berseorangan di penjara Ashkelon dua hari lalu, di mana beliau dikurung dalam keadaan bergari. Bilal mengalami kecederaan ketika dipindahkan.

Bilal telah beberapa kali ditangkap oleh tentera Zionis. Kali terakhir beliau ditangkap pada bulan Julai. Pada tahun 2012, Bilal pernah melancar mogok lapar selama 77 hari bagi membantah tahanan pentdabiran tanpa sebarang pengadilan ke atas beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts