RAMALLAH, 25 Julai 2016 (Maan) — Sekurang-kurangnya 10 tahanan mogok lapar Palestin diserang secara agresif oleh pengawal penjara Zionis di Ofer, untuk memaksa mereka menghentikan mogok.
Tahanan Malik al-Zaaqiq cedera dalam serangan tersebut dan kemudiannya dipindahkan ke dalam kurungan berseorangan.
Tahanan terbabit melancarkan mogok lapar selepas sekumpulan 27 lagi tahanan Palestin menangguhkan mogok mereka, setelah berlapar selama lapan hari. Mogok tersebut dilancarkan bagi memberi sokongan kepada tahanan Kayed yang menjalankan mogok lapar sejak 41 hari lalu sebagai membantah tahanan pentadbiran tanpa pengadilan ke atas beliau.
Tahanan dua beradik Mahmoud dan Muhamamd al-Balbul yang melancar mogok lapar bagi membantah tahanan pentadbiran ke atas mereka turut diserang. Tiga hari lalu, Mahmoud jatuh pengsan apabila kesihatannya merosot dan kehilangan berat badan sebanyak 12 kilogram.