Tahanan mogok lapar di Nafha pengsan, muntah darah

RAMALLAH, 14 Mei 2017 (PIC) — Setelah melalui mogok lapar selama sejak 28 hari lalu, 90% tahanan mogok lapar dalam penjara Nafha berhadapan dengan masalah kesihatan sehingga ada yang jatuh pengsan manakala sebahagian lagi muntah darah.

Peguam Persatuan Tahanan Palestin yang berjaya melawat dua tahanan dari Tulkarem, Mohammed al-Ghoul dan Yahya Ibrahim, mendedahkan bahawa sebilangan besar tahanan telah hilang berat badan sehigga 20kg. Bagaimanapun pihak penjara terus mengenakan tindakan mendera mereka. Sekiranya seorang tahanan jatuh pengsan, mereka akan dipindahkan ke klinik lapangan tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya.

Tahanan di penjara Nafha berikrar utuk meneruskan mogok lapar walaupun terpaksa berhadapan dengan ancaman kesihatan, sehingga mendapat arahan daripada kepimpinan kempen mogok tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts