Tahanan mogok lapar dipindah ke dalam kurungan berseorangan

JENIN, 28 Nov 2016 (IMEMC) — Pihak penjara penjajah Zionis memindahkan tahanan mogok lapar Ammar Ibrahim Hammour, 27, ke dalam kurungan berseorangan.

Pemuda dari bandar Jaba’ di selatan Jenin itu melancarkan mogok lapar sejak sembilan hari lalu kerana membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan atau pendakwaan ke atas beliau.

Beliau yang mengidap sakit lelah dan tekanan darah tinggi tidak diberikan rawatan ketika dalam tahanan, bahkan didera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts