Tahanan mogok lapar dipindah ke hospital

RAMALLAH, 20 Apr 2017 (PIC) — Perkhidmatan Penjara Zionis memindah tahanan mogok lapar yang sedang sakit, Saed Msellam, dari penjara Ashkelon ke Hospital Brzlai tengah malam tadi apabila keadaan kesiahatan beliau semakin meruncing.

Pihak penjara Zionis menjalankan operasi memindah tahanan mogok lapar secara besar-besaran sejak dua hari lalu, di samping menjalankan operasi menggeledah bilik kurungan dan merampas barangan milik tahanan.

Antara lain, tahanan Kamal Abu Waar dipindahkan ke penjara Ayalon di Ramleh manakala tahanan Samir Ghaith dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui. Sembilan lagi tahanan dipindahkan ke penjara Ashkelon dari penjara-penjara Hadarim, Nafha dan Jalboa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts