Tahanan mogok lapar dipindahkan ke penjara terasing

BEERSHEBA, 7 Apr 2016 (PIC) — Pihak pengurusan penjara Negev memindahkan tahanan mogok lapar Adib Mafarjeh, 28, dari penjara di Beit Leqiya di barat Ramallah ke sebuah penjara terasing di Beersheba.

Adib melancar mogok lapar sejak empat hari lalu sebagai membantah tindakan zalim rejim menahan beliau sejak 16 bulan lalu secara berterusan, tanpa sebarang pengadilan mahupun pendakwaan.

Pemindahan ke penjara terasing tersebut dibuat untuk memberi tekanan supaya menghentikan mogok lapar di samping menjadi satu bentuk hukuman ke atas mereka yang mengambil tindakan mogok.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts