Tahanan mogok lapar Muhammad al-Balboul tidak lagi dapat melihat

TEL AVIV, 8 Sep 2016 (IMEMC) — Rakaman video oleh Ahli Parlimen Dr Ahmad Tibi ketika melawat Muhammad a-Balboul, 26, di Hospital Wolfson mengesahkan bahawa tahanan mogok lapar itu kini tidak lagi dapat melihat.

Muhammad, seorang doktor gigi, bersama diknya Mahmoud, 21, melancarkan mogok lapar lebih dua bulan lalu bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan ke atas mereka.

Ahad lalu, adiknya Mahmoud dipindahkan dari penjara Ofer ke Hospital Assaf Harofeh apabila kesihatannya meruncing. Beliau kehilangan berat sebanyak 20 kilogram dan mengalami masalah pernafasan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts