BEIT LAHM, 2 Sep 2016 (Maan) — Tahanan Muhammad Balbou yang melancarkan mogok lapar sejak 56 hari lalu dikejarkan ke unit rawatan rapi di Hospital Wolfson di Tel Aviv malam tadi, apabila keadaan kesihatan beliau meruncing.
Muhammad bersama adiknya Mahmoud masing-masing melancarkan mogok lapar pada 7 dan 4 Julai lalu. Mereka ditahan pada 9 Jun, beberapa hari sebelum adik perempuan mereka Nuran, 16, dibebaskan setelah merengkok dalam penjara Zionis selama empat bulan.
Adiknya Mahmoud kini ditahan di hospital tentera Assaf Harofeh apabila kesihatannya merosot dan kehilangan berat badan sebanyak 30 kilogram.
Bapa mereka dibunuh oleh tentera Zionis pada tahun 2008.