Tahanan Naddaf didera dalam kurungan berseorangan

RAMALLAH, 4 Jan 2017 (PIC) — Tahanan Ahmad Naddaf, 28, dikurung secara berseorangan di pusat tahanan Mascobiya sejak beliau ditangkap pada 10 Disember 2016.

Pemuda dari bandar Rantis dalam daerah al-Bireh di Ramallah itu disoal siasat secara sangat kasar.

Peguam Persatuan Tahanan Palestin menyebut bahawa Ahmad disoal siasat selama 18 jam setiap hari selama enam hari pertama berturut-turut. Pada hari-hari berikutnya, penyiasat Zionis menyoal beliau selama enam jam sehari dalam keadaan dipaksa duduk di atas kerusi besi dan semua kaki dan tangannya diikat dengan rantai besi.

Beliau dikurung dalam bilik tanpa tilam, dengan alas tidur yang busuk dan tandas terbuka dalam bilik yang sama. Ahmad juga dibiarkan dalam keadaan sejuk di mana pintu kecil kurungan beliau dibiarkan terbuka sepanjang masa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts