Tahanan Nael Barghouthi dipindahkan ke penjara Gilbao

RAMALLAH, 11 Jan 2017 (PIC) — Tahanan Palestin paling lama dalam penjara Zionis, Nael Barghouti, dipindahkan dari penjara Raymond ke penjara Gilbao selepas mahkamah tentera di Ofer enggan membebaskan beliau sementara menunggu kenyataan rasmi keputusan jawatankuasa rayuan.

Nael, 59, kebelakangan ini dipindahkan dari satu penjara ke penjara lain sebanyak lebih empat kali. Beliau merengkok dalam penjara Zionis selama 36 tahun.

Tahanan politik itu dibebaskan bersama lebih 1,000 orang tahanan Palestin dalam pertukaran Wafa al-Ahrar pada tahun 2011.

Beliau melangsungkan perkahwinan selepas dibebaskan pada tahun 2014, namun kemudiannya ditangkap semula dan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 bulan yang berakhir pada 17 Disember 2016. Bagaimanapun beliau masih dikurung dalam penjara sementara menunggu keputusan rayuan yang membantah hukuman asal dikenakan ke atas beliau, iaitu penjara seumur hidup dengan tambahan 18 tahun lagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts