Tahanan Palestin cedera dipukul tentera Zionis pada hari dibebaskan dari penjara

BAITULMAQDIS, 18 Nov 2018 — Tahanan Palestin Mahmoud Jabeer dipukul secara ganas oleh pasukan khas tentera Zionis di pusat tahanan al-Maskoubiya di Baitulmaqdis semalam, pada hari beliau dijadualkan bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 12 bulan.

Kenyataan Mahmoud menyebut bahawa beliau diarah mengambil barangan beliau yang disimpan di al-Maskoubiya. Apabila tiba di situ, seorang polis Zionis mengambil kad pengenalan beliau dan mengarahkannya menuju ke Bilik 4 pusat tersebut.

Apabila tiba di bilik berkenaan, Mahmoud dipukul secara ganas oleh pasukan khas tentera Zionis yang berpakaian preman, sehingga beliau pengsan dan jatuh. Beliau pengalami pendarahan di bahagian mata sebelah kanan serta luka-luka di muka, kaki dan belakang.

Dalam kenyataan beliau, Mahmoud berharap semua tahanan Palestin akan dibebaskan tidak lama lagi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts