Tahanan Palestin dihalang lawatan keluarga sejak lebih 15 tahun

RAMALLAH, 14 Dis 2016 (PIC) — Rejim Zionis menghalang keluarga tahanan Faris Baroud, 57, melawat beliau sejak lebih 15 tahun lalu.

Faris yang berasal dari Gaza ditangkap pada tahun 1991 dan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan tambahan selama 35 tahun. Beliau kini dipindahkan ke penjara Ramon setelah dikurung berseorangan selama empat tahun.

Faris dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang kritikal, termasuk lelah dan kesakitan dalam perut.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts