Tahanan Palestin dihukum penjara seumur hidup

RAMALLAH, 22 Jan 2017 (PIC) — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumru hidup ke atas penduduk Palestin, Abdullah Ishaq.

Pemuda dari bandar Silwad di Ramallah itu dituduh sebagai seorang ahli Briged al-Qassam dan terlibat dalam kes serangan bersenjata yang menyebabkan kematian pendatang Yahudi Malachi Rosenfeld, 25, dan kecederaan tiga yang lain di kawasan penempatan haram Shvut Rachel pada pertengahan tahun 2015.

Dalam serangan melibatkan enam pemuda Palestin itu, Abdullah dikatakan menjadi pemandu kenderaan. Bagaimanapun rakannya yang lain masih belum dijatuhkan hukuman.

Beliau juga diarah membayar pampasan sebanyak 250,000 shekel kepada keluarga pendatang Yahudi tersebut.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts