RAMALLAH, 9 Jun 2016 (PIC) — Tahanan Palestin Ibrahim Harish ditahan dalam kurungan bersendirian di pusat tahanan Makoubiya sejak ditangkap 29 Mei lalu.
Menurut laporan Persatuan Tahanan Palestin (PPS), keadaan Ibrahim sangat perit dan keadaan tempat tahanannya adalah sangat tidak berperikemanusiaan, di mana beliau dipaksa tidur di atas lantai simen senhingga menyebabkan beliau mengalami masalah sakit belakang.
Beliau juga tidak diberikan makan selama dua hari berturut-turut, lapor PPS.