Tahanan Palestin dikurung berseorangan sejak 130 hari

AL-KHALIL, 24 Julai 2020 — Rejim Zionis terus mengurung tahanan Mohammad Omar Kharwat berseorangan secara berterusan selama 130 hari.

Laporan Jawatankuasa Tahanan Palestin semalam menyebut Mohammad Omar dikurung dalam keadaan begitu selapas dipindahkan dari penjara Ramon ke penjara Ayalon-Ramla pada akhir bulan Mac.

Kurungan berseorangan merupakan salah satu hukuman fizikal dan psikologikal paling teruk ke atas tahanan, di mana mereka dipaksa hidup dalam kurungan sempit, kotor dan gelap, serta dipenuhi pepijat, serangga dan lipas sehingga membawa berbagai masalah kesihatan.

Pemuda dari al-Khalil itu ditangkap pada tahun 2002 dan dijatuhkan hukuman empat kali penjara seumur hidup.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts