Tahanan Palestin ditangkap semula sejurus selepas dibebaskan

AL-QUDS, 21 Feb 2017 (Maan) — Polis Zionis menangkap semula bekas tahanan Muhammad Zeidan Mahmoud sejurus selepas dibebaskan dari penjara setelah menamatkan hukuman selama 15 tahun.

Keluarga Muhammad Zeidan terkejut apabila mereka hadir untuk menyambut anak mereka dari penjara dan mendapati beliau ditangkap semula sebelum sempat mereka melihat atau memeluk beliau.

Muhammad Zeidan yang berasal dari kejiranan Issawiya di al-Quds timur ditahan semula di balai polis Zionis di al-Quds Barat. Beliau merupakan seorang aktivis parti Barisan Demokratik bagi Pembebasan Palestin (DFLP).

Tentera Zionis turut menyerbu kejiranan Issawiya di awal pagi dan meroboh serta merampas kemah yang dibina bagi menyambut pembebasan Muhammad Zeidan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts