Tahanan Palestin memasuki tahun ke-36 dikurung dalam penjara Zionis

GAZA, 18 Jan 2018 — Tahanan Palestin Maher Younis, 59, dari bandar Arah di Wilayah Palestin 1948 kini memasuki tahun ke-36 dikurung dalam penjara Zionis.

Maher dikurung sejak 18 Januari 1983, apabila dikenakan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh seorang askar Zionis. Beliau adalah tahanan yang kedua paling lama dikurung oleh rejim Zionis, iaitu selepas sepupunya Karim Younis yang telah ditangkap dua minggu lebih awal.

Kedua-dua mereka telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati namun kemudian diringankan kepada penjara seumur hidup, iaitu selama 40 tahun.

Pada tahun 2013, Maher melancarkan mogok lapar selama 10 hari dalam penjara Galbao untuk menarik perhatian Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang tidak memasukkan beliau dalam senarai tukaran tahanan dengan rejim penjajah Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts