Tahanan Palestin Meninggal Dunia Dalam Penjara

BEER SHEVA, 21 Sep 2015 (IMEMC) — Seorang tahanan Palestin yang didakwa atas tuduhan kesalahan jenayah telah meninggal dunia di dalam penjara Nativot, di selatan wilayah Palestin yang terjajah. Punca dan keadaan kematian beliau masih belum dikenal pasti.

Ahmad Shihda Shatat, 32 tahun, berasal dari pekan Thaheriyya di daerah Al-Khalil di selatan Tebing Barat.

Kenyataan ketua Suruhanjaya Bekas Tahanan Palestin, Abdul-Nasser Ferwana, menyebut bahawa “tidak kira atas alasan apa sekalipun beliau ditahan, sekalipun atas tuduhan kesalahan jenayah, kejadian ini tidak harus dibiarkan.”

Beliau mendesak supaya dijalankan satu siasatan yang menyeluruh dan berwibawa, untuk mengetahui sebab kematian Ahmad Shida di dalam penjara.

Rejim Zionis dilaporkan membuat dakwaan bahawa tahanan tersebut telah membunuh diri, tetapi gagal untuk memberi fakta lanjut yang dapat menyokong dakwaan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts