Tahanan Palestin meninggal dunia di hospital Zionis

RAMALLAH, 20 Mei 2018 — Tahanan Aziz Oweisat, 53, hari ini meninggal dunia di sebuah hospital Zionis berikutan keadaan kesihatan beliau yang meruncing.

Aziz yang berasal dari kejiranan Jabal al-Mukabber di kota Baitulmaqdis menjalani hukuman penjara seumur hidup. Beliau ditangkap pada tahun 24 Mac 2014 atas tuduhan cuba meletupkan paip saliran bekalan gas ke kawasan penempatan haram Armon Hanatzif, yang dibina di atas tanah penduduk Jabal al-Mukabber.

Pihak penjara Zionis tidak memberikan rawatan kepada Aziz, yang mengalami komplikasi akibat serangan radang paru-paru dan kegagalan paru-paru yang teruk. Beliau juga tidak dibenarkan keluar dari penjara bagi mendapatkan rawatan, walaupun masalah kesihatannya tenat.

Pada 2 Mei lalu ketika beliau sedang menanggung sakit, pegawal penjara Eshil memukul beliau sehingga cedera parah dan mengalami pendarahan otak, apabila didakwa menyimbah air panas ke atas seorang pengawal penjara.
Beliau diserang sakit jantung pada 9 Mei ketika ditahan dalam klinik penjara Ramle, sebelum dipindahkan ke Hospital Assaf Harofeh untuk menjalani pembedahan. Apabila keadaan semakin teruk, beliau dipindahkan ke Pusat Perubatan HaShomer.

Sunggupun masih dalam keadaan kritikal, beliau dipindahkan semula ke Hospital Assaf Harofeh, di mana beliau meninggal dunia.

Perkhidmatan penjara Zionis meningkatkan langkah keselamatan berikutan tersebarnya berita kematian Aziz.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts