RAMALLAH, 20 Julai 2016 (PIC) — Tahanan Palestin di penjara Megiddo enggan bertemu dengan delegasi Palang Merah sebagai membantah langkah pertubuhan tersebut mengurangkan kebenaran lawatan keluarga.
Langkah mengurang lawatan itu menambah sengsara para tahanan, dan dilihat sebagai tindakan Palang Merah menyokong rejim Zionis serta mendera para tahanan Palestin.