Tahanan pentadbiran ke atas al-Bargouthi diperbaharui buat kali ke-5

RAMALLAH, 13 Okt 2016 (Maan) — Tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan atau pengadilan ke atas Omar al-Bargouthi, 60, diperbaharui oleh buat kali kelima hari ini, pada hari beliau sepatutnya dibebaskan.

Omar yang berasal dari perkampungan Kobar di wilayah Ramallah sebelum ini telah membuat rayuan di mahkamah, termasuk Mahkamah Tinggi Zionis, supaya dibebaskan. Bagaimanapun mahkamah terus memperbaharui tahanan beliau atas alasan “fail rahsia,” yang memberi indikasi kononnya beliau boleh membawa ancaman kepada keselamatan Zionis jika dibebaskan.

Omar ditahan sejak 19 November 2015. Sebelumnya, beliau pernah merengkok dalam penjara Zionis selama 26 tahun, di mana 12 tahun daripadanya adalah di bawah tahanan pentadbiran.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts