Tahanan Pentadbiran Palestin Dibebaskan

BETHLEHEM, 30 Nov 2015 (Maan) — Tahanan Ghassan Zawahra dibebaskan semalam setelah menjalani hukuman penjara selama 1 bulan di bawah tahanan pentadbiran – tahanan tanpa sebarang pendakwaan atau perbicaraan selama enam bulan yang boleh dilanjutkan tanpa had.

Ghassan bersama tujuha tahanan lain melancarkan mogok lapar pada 20 Ogos lalu bagi membantah tahanan pentadbiran ke atas beliau. Pada 29 September, rejim Zionis mengumumkan bahawa beliau dan seorang lagi tahanan akan dibebaskan dan tahanan pentadbiran ke atas mereka tidak akan diperbaharui. Ghassan sebelum ini pernah dipenjarakan selama 12 tahun.

Sebaik sahaja diserahkan kepada keluarganya di kem pelarian Aida di Bethlehem, Ghassan terus ke tanah perkuburan adiknya Mutaz yang telah ditembak mati oleh tentera Zionis pada 31 Oktober lalu.

Menurut pertubuhan hak asasi tahanan, Addameer, seramai 450 penduduk Palestin masih ditahan di bawah tahanan pentadbiran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts