Tahanan tangguh mogok lapar

RAMALLAH, 27 Mei 2017 (PIC) — Tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar sejak 41 hari lalu menagguhkan mogok tersebut mulai awal hari ini setelah pihak penjara Zionis bersetuju memenuhi 80% daripada tuntutan mereka.

Menurut ketua Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Issa Qaraqea, para tahanan terbabit menangguhkan sementara mogok berikutan rundingan selama lebih 20 jam di antara perwakilan mereka dengan rejim Zionis di penjara Ashkelon.

Sebanyak 19 perkara telah dipersetujui oleh rejim Zionis, termasuk membenarkan tanahan menggunakan telefon untuk berkomunikasi dengan keluarga, membenarkan lawatan keluarga termasuk tahanan dari Gaza setiap bulan, memberi rawatan kepada tahanan yang sakit serta memperbaiki keadaan bilik kurungan. Tahanan juga akan dibenarkan memasak sendiri di dalam penjara.

Lebih 1,600 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar sejak 17 April lalu bagi membantah layanan zalim dan pencabulan hak pihak rejim ke atas mereka. Antara tuntutan utama mereka adalah supaya dibenarkan lawatan keluarga yang lebih kerap, rawatan kesihatan, diberi kebenaran menggunakan telefon, dan dihentikan kurungan berseorangan serta tahanan tanpa pertuduhan atau pendakwaan.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts