Tahanan termuda dunia akan didakwa di Mahkamah Agung Zionis

AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Dua tanahan paling muda di dunia, Shadi Farrah dan Ahmad al-Zaatari, akan di dakwa di Mahkamah Agung Zionis di al-Quds hari ini.

Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 12 tahun itu ditahan pada 30 Jauari lalu ketika dalam perjalan pulang dari sekolah di kejiranan Kafr Aqeb di al-Quds, setelah didakwa membawa pisau.

Kanak-kanak tersebut ditahan dalam penjara, sungguhpun undang-undang Zionis sendiri tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur ditangkap. Mereka dikurung bersama para penjenayah dan pesalah lain, yang boleh membahayakan mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts