Tahanan wanita Palestin didera dalam penjara

AL-KHALIL, 31 Okt 2016 (PIC) — Tahanan wanita Palestin di penjara HaSharon berhadapan dengan penderaan dan layanan buruk, dalam satu bentuk penderaan psiko-fizikal bagi melemahkan semangat mereka.

Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa tahanan wanita diikat tangan dan kaki semasa proses pemindahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan serta ketika dilawat oleh ahli keluarga.

Seramai 61 tahanan wanita Palestin, termasuk seorang kanak-kanak 12 tahun, sedang merengkok dalam penjara HaSharon dan Damon.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts