Tanah Palestin dirompak untuk pembinaan sekatan tentera

Ramallah, 23 Mac 2009 – Semalam, Ahad, mahkamah tinggi negara haram Israel telah meluluskan satu resolusi bagi merampas lebih dari 30 dunum [satu dunum bersamaan 0.25 ekar] tanah rakyat Palestin di kem Sho’fat, di timur Baitul Maqdis. Sumber rasmi Palestin menyebut bahawa rampasan tersebut adalah bertujuan untuk membina sebuah sekatan tentera pengganas Israel.

Menurut sumber tersebut sebagaimana dipetik oleh agensi berita Ramattan, resolusi yang diluluskan itu akan menyebabkan lebih daripada 30 buah bangunan kedai dan gudang di kawasan kem tersebut diranapkan. Ekoran dengan itu juga, kira-kira 45,000 orang rakyat Palestin akan terpisah dari bandar Baitul Maqdis.

Kegiatan merampas atau merompak tanah milik sah rakyat Palestin di Tebing Barat semakin meningkat kebelakangan ini. Dua minggu lalu, tentera pengganas Israel telah merampas lebih dari 50 dunum di bandar Hebron bagi membina jalan masuk ke kawasan pendudukan Yahudi di utara bandar tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts