Tanah runtuh di selatan al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 3 Mac 2019 — Tanah di kawasan sebuah padang permainan di kejiranan Wadi Hilweh di daerah Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, runtuh dan dinding-dinding sekitarnya mengalami keretakan semalam, dipercayai akibat kerja-kerja penggalian terowong bawah tanah yang dilakukan oleh Yahudi.

Tanah di kawasan kejadian menjadi berlubang dan merekah selepas aliran air hujan mendedahkan lebih banyak kerja-kerja penggalian bawah tanah di kawasan tersebut.

Kebanyakan rumah di Wadi Hilweh kini menjadi tergantung dan terdedah kepada ancaman keruntuhan kerana tanah-tanah dan batuan dipindahkan dari bawah tapak-tapaknya untuk tujuan membina terowong. Dinding-dinding rumah turut mengalami keretakan.

Pihak berkuasa rejim penjajah membuat penggalian di Silwan sejak bertahun lalu, sehingga menyebabkan insiden rumah-rumah serta jalan-jalan retak dan runtuh.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts