Tapak-tapak suci utama Islam dan Kristian dipadam dari peta pelancongan Kota Lama

AL-QUDS, 13 Jun 2016 (IMEMC) — Kementerian Pelancongan Zionis menerbitkan sebuah peta baharu Kota Lama al-Quds, dengan mengabaikan tapak-tapak suci penting umat Islam dan Kristian serta kawasan kejiranan yang ada di kota tersebut.

Peta yang diedarkan secara percuma di pusat-pusat maklumat pelancong itu tidak menulis label tapak Masjid al-Aqsa, dan hanya merujuk kepada kawasan seluas 14 hektar itu sebagai “Bukit Haikal [Temple Mount].” Peta tersebut turut mengabaikan label ke atas gereja Roman katolik, Church of St. Anne, yang terletak berdekatan Pintu al-Asbat.

Sebaliknya peta tersebut menunjukkan puluhan tapak sejarah yang dipertikaikan, yang kebanyakannya merupakan kawasan penempatan haram Yahudi yang dibina di atas tanah penduduk Islam dan Kristian.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts