Tawaran tukar tawanan perang menunggu reaksi Zionis

GAZA, 2 Mei 2017 (PIC) — Satu tawaran baharu bagi menukar tawanan perang Zionis dengan tahanan Palestin telah diserahkan dan menunggu jawaban pihak rejim.

Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haneyya, ketika mengesahkan perkara tersebut hari ini menekankan bahawa seluruh bangsa Palestin meletakkan isu tahanan sebagai prioriti mereka dan mendukung tindakan mogok lapar sehinggalah tuntutan mereka dipenuhi.

Menurut beliau, usaha untuk membebaskan tahanan Palestin adalah tanggungjawab setiap orang Palestin, Arab dan Islam. Ismail mendesak isu tahanan ini diketengahkan sehingga ke peringkat seranta dan antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts