Tel Aviv diserang 2 roket dari Gaza

TEL AVIV, 15 Mac 2019 — Buat pertama kali sejak serangan ke atas Gaza pada tahun 2014, dua serangan roket dilancarkan dari Gaza ke ruang udara kota Tel Aviv.

Jurucakap tentera Zionis melaporkan sistem pertahanan Iron Dome tidak dapat memintas roket-roket tersebut, dan masih tidak dapat mengenal pasti pihak yang bertanggung jawab melancarkan roket tersebut. Tentera Zionis bahkan tidak mempunyai sebarang maklumat awal perisikan atau amaran tentang serangan terseut.

Siren kecemasan dibunyikan di kawasan Gosh Dan dan Beit Yam di selatan Tel Aviv.

Dalam perkempabgan berkaitan, Hamas dan Jihad Islami menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut. Terdahulu, rejim Zionis mendakwa Jihad Islami bertanggungjawab membuat serangan. Serangan dilancarkan ketika pemimpin Hamas sedangn mengadakan rundingan bersama delegasi keselamatan Mesir di Gaza.

(PalestiNow)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts