Tentera Amerika & Zionis tamat latihan sistem pertahanan peluru berpandu

TEL AVIV, 1 Apr 2019 — Tentera Amerika dari pasukan European Command of the United States Army (EUCOM) hari ini selesai menjalankan latihan sistem pertahanan udara selama empat minggu bersama tentera Zionis.

Latihan tersebut melibatkan kerahan membawa masuk sistem The Terminal High Altitude Area Defense (THAAD) ke dalam wilayah Palestin yang diduduki oleh rejim Zionis, buat pertama kali dalam sejarah.

Sekitar 250 anggota tentera Amerika terlibat dalam latihan tersebut. Mereka menjalani latihan dalam berbagai senario perang, termasuk menyepadu THAAD dengan sistem pertahanan sedia ada tentera Zionis.

THAAD disifatkan sebagai salah satu sistem pertahanan peluru berpandu yang paling canggih di dunia. Ia mampu memintas serangan roket balistik dalam linkungan 200 km dan altitud sehingga 150 km.

(Maan)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts