Tentera Ceroboh Sekolah Di Nablus, Perintah Turunkan Poster Arafat

NABLUS, 17 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menceroboh masuk Sekolah Tinggi Perempuan al-Lubban di selatan Nablus sebanyak dua kali hari ini dan mengarahkan pihak sekolah supaya menurunkan poster Yasser Arafat yang digantung di kawasan sekolah.

Dalam kejadian pada jam 8:00 pagi, mereka menceroboh masuk kawasan sekolah dan menuduh pihak pentadbiran cuba mencetus keganasan dengan menggantung poster Yaser Arafat di dinding sekolah. Mereka memaksa supaya semua poster diturunkan.

Kemudian pada jam 12:00 tengahari mereka sekali lagi memasuki kawasan sekolah, memaksa supaya semua poster dibuang.

Dalam pada itu, tentera turut memasuki kawasan perkampungan Osarin yang berdekatan dengan sekolah tersebut dan memberi amaran untuk menangkap para pemuda yang dituduh membaling bom Molotov ke arah kenderaan pendatang Yahudi. Mereka mengedarkan poster yang mendakwa 10 butir bom telah dibaling ke arah jalan utama berdekatan kawasan tersebut pada minggu lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts