Tentera geledah rumah juruvideo yang merakam insiden pembunuhan pemuda Palestin

AL-KHALIL, 30 Mac 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi memecah masuk dan menggeledah rumah juruvideo dan aktivis pertubuhan B’Tselem, Imad Abu Shamsiya, di kejiranan Tel Ramdiya di al-Khalil.

Ketika memecah masuk rumah mangsa, tentera penjajah memeriksa dokumen pengenalan semua aktivis antarabangsa yang sedang melawat Imad sebagai tanda solidariti kepada beliau yang menerima ugutan bunuh oleh pendatang Yahudi kerana merakam aksi seorang askar Yahudi membunuh secara sengaja menembak kepala seorang pemuda Palestin, Abed al-Fatah al-Sharif, yang sudah tercedera di Tel Armida minggu lalu.

Imad sebelumnya memohon pihak berkuasa dan pertubuhan hak asasi melindungi beliau dan keluarganya daripada serangan pendatang Yahudi. Menurut isterinya, Fayza, pendatang Yahudi telah mengepung rumah mereka selama dua hari dan mengugut untuk membakarnya.

Terdahulu, mantan Menteri Luar Zionis Avigdor Lieberman sersama-sama kumpulan pendatang Yahudi mengadakan protes di luar sebuah mahkamah tentera, mendesak supaya askar yang menembak mati Abed al-Fatah dibebaskan.

https://www.youtube.com/watch?v=5wqgAcj-Nvc

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts