Ringkasan

Tentera Israel Menembak Mati Warga Israel Kerana Memanjat Pagar Perbatasan

8 Dis – Seorang lelaki Israel ditembak mati pada Isnin pagi (7/12) ketika cuba memanjat pagar persempadanan dan memasuki Jalur Gaza, demikian menurut laporan seorang jurubicara tentera Israel

Lelaki tersebut pergi ke daerah di sekitar perbatasan Gaza dan meletakkan kenderaannya, kemudian cuba memanjat pagar perbatasan. Pengawal perbatasan meminta lelaki itu berhenti dan melepaskan tembakan amaran, namun beliau mengabaikan arahan pasukan Israel tersebut dan terus memanjat pagar. Pasukan tentera Israel kemudiannya melepaskan tembakan hingga menyebabkan lelaki yang belum diketahui namanya itu mati di tempat kejadian. Menurut laporan awal, lelaki tersebut disyaki mengalami ketidakstabilan mental.

Jurubicara Israel mengatakan bahawa ini adalah pertama kalinya warga Israel berusaha untuk melintasi pagar perbatasan ke Jalur Gaza. Umumnya yang berusaha memasuki Israel adalah orang Palestin yang juga akan berhadapan dengan tembakan para penjaga perbatasan.(mirzah/pnn)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts