Tentera Israel terbunuh di Gaza

Seorang tentera Israel dilaporkan terbunuh di Gaza di dalam pertempuran dengan kumpulan penentang Palestin pada hari Khamis.

Kereta kebal Israel di Gaza
Kereta kebal Israel di Gaza

Menurut sumber media, Major Roey Rosner, 27, pegawai bersama briged infantri Kfir, terbunuh apabila unitnya diserang dengan peluru anti-kereta kebal semasa operasi serangan darat yang berjalan sejak seminggu yang lalu.

Kematian Major Rosner menjadikan jumlah tentera Israel yang terkorban di Gaza sejak bermulanya operasi serangan darat di kawasan pantai Palestin kepada tujuh orang. 

Korban lain di pihak Israel termasuk empat orang awam yang terbunuh di selatan Israel yang terkena bedilan roket buatan sendiri Qassam yang dilepaskan oleh penduduk palestin dari Gaza.

Jumlah penduduk Palestin yang terkorban akibat bedilan tentera Israel dalam tempoh 13 hari serangan sekarang berjumlah 765, lebih separuh daripadanya kanak-kanak dan wanita, manakala 3,200 orang cedera, termasuk 500 daripada mereka dalam keadaan kritikal. [imemc]

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts