Tentera laut Zionis rampas bot Zaytouna yang menuju ke Gaza

GAZA, 5 Okt 2016 (PIC) — Tentera laut Zionis hari ini merampas bot Zaytouna-Oliva yang sedang belayar menuju ke Gaza. Ketika kejadian bot tersebut berada di perairan antarabangsa, kurang 70 batu nautikal dari pantai Gaza.

Pelayaran Women’s Boat to Gaza (WBG) anjuran oleh Freedom Flotilla Coalition yang bertolak dari Barcelona itu pada asalnya dijadualkan tiba di Gaza pada malam ini.

Seramai 13 aktivis wanita termasuk tiga anak kapal dan juga pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976 dari Ireland Utara, Mairead Maguire, dan ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr. Fauziah Mohd Hasan, menaiki bot Zaytouna-Oliva.

Rejim Zionis enggan mendedahkan kedudukan serta keadaan bot Zaytouna-Oliva dan semua penumpangnya, namun media Zionis melaporkan bot tersebut telah dibawa ke pelabuhan Ashdod.

Misi WBG ini merupakan pelayaran keempat yang cuba memecah sekatan Zionis ke atas Gaza setelah serangan maut tentera Zionis ke atas kapal Mavi Marmara pada tahun 2010.

Gaza disekat oleh rejim Zionis dan sekutunya sejak tahun 2007.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts