Tentera laut Zionis serang bot nelayan Gaza

GAZA, 20 Mei 2018 — Tentera laut penjajah Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah bot-bot nelayan di perairan Gaza malam tadi, memaksa semua nelayan berpatah balik ke pantai.

Serangan tersebut merupakan rantaian pencabulan persefahaman damai yang dipersetujui pada bulan Ogos 2014, di mana nelayan dan petani Gaza diserang walaupun mereka berada dalam zon yang dibenarkan.

Nelayan Gaza dibenarkan belayar hanya sehingga 6 batu nautikal dari pantai, walaupun Perjanjian Oslo 1993 membenarkan mereka menangkap ikan sehingga 20 batu nautikal.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts