Tentera Laut Zionis Serang Nelayan Gaza

GAZA, 12 Ogos 2015 (PNN) — Tentera laut Zionis menembak peluru hidup ke arah bot-bot nelayan Palestin di perairan Sudaniya di utara Gaza.

Beberapa buah bot nelayan terkena tembakan namun tidak ada kecederaan dilaporkan. Menurut para nelayan, bot mereka ditembak bagi memaksa mereka pulang ke pantai.

Nelayan Gaza menjadi mangsa serangan dan pembulian tentera laut Zionis hampir setiap hari walaupun perjanjian gencatan senjata telah mereka persetujui di akhir kempen serangan ke atas Gaza tahun lalu.

Sejak September tahun lalu, sekurang-kurangnya tiga orang nelayan telah terkorban ditembak tentera laut Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts