Tentera Laut Zionis Tembak Nelayan Gaza

nelayanGAZA, 2 Sep 2014 (Ma’an) — Tentera laut Zionis menembak bot nelayan di pantai selatan Gaza pagi tadi, sekaligus melanggar perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui 26 Ogos lalu.

Insiden serangan tersebut berlaku ketika bot-bot nelayan berada dalam zon enam batu nautikal dari pantai Rafah. Tiada kecederaan dilaporkan.

Sebelum persetujuan gencatan senjata minggu lalu, tentera Zionis menghadkan pergerakan nelayan Gaza kepada tiga batu nautikal sungguhpun had sebenar yang telah dipersetujui sebelumnya adalah sejauh 20 batu nautikal.

Menurut persetujuan terbaharu, nelayan Gaza dibenarkan menangkap ikan sehingga 12 batu nautikal menjelang akhir tahun 2014.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts