Tentera Mesir Banjirkan Lagi Sempadan Gaza

RAFAH, 30 Okt 2015 (PIC) — Tentera Mesir mengalir masuk air laut ke kawasan sempadan Rafah di sebelah wilayah Gaza dalam usaha mereka untuk memusnahkan terowongan bawah tanah.

Air laut disalurkan ke terusan yang digali di sempadan, khususnya di kawasan kejiranan Al-Salam dan timur pintu lintasan Rafah, sekaligus memusnahkan terowongan yang masih ada di sempadan.

Bulan lalu, tentera Mesir mula mengepam air dari Laut Mediterranean dan dialirkan ke sempadan Gaza atas alasan untuk menghalang penyeludupan menggunakan terowongan bawah tanah.

Tindakan tentera Mesir memberi kesan yang sangat serius ke atas penduduk Gaza yang disekat sejak lapan tahun lalu. Air laut tersebut juga merosakkan tanah pertanian dan mencemar alam sekitar Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts