Tentera musnahkan rumah di Qalandiya, 8 penduduk cedera dan 1 diculik

AL-QUDS, 20 Apr 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis awal pagi tadi menceroboh masuk kem pelarian Qalandia di utara al-Quds dan memusnahkan rumah keluarga Abu Ghosh, serta mencederakan sekurang-kurangnya lapan penduduk termasuk tiga yang ditembak dengan peluru hidup.

Seorang daripada mangsa yang tercedera telah diculik. Dua askar Zionis dilaporkan tercedera.

Tentera penjajah mengepung rumah Hussein Abu Ghosh, 17, dan memaksa ahli keluargnya keluar sebelum memusnahkan dinding-dinding dalaman rumah tersebut.

Hussein bersama Ibrahim Allan, 22, dibunuh oleh tentera pada 26 Januari lalu, selepas mereka dikatakan menikam seorang wanita Yahudi hingga mati di kawasan penempatan Beit Horon.

Keluarga Abu Ghosh tinggal di tingkat tiga bangunan empat tingkat itu, yang juga dihuni oleh ayah Ibrahim bersama enam adik-beradiknya.

Lebih 40 buah kenderaan tentera dan sebuah buldozer terlibat dalam operasi tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts