Tentera pecah masuk rumah, culik 20 penduduk di Tebing Barat dan al-Quds

BEIT LAHM, 3 Mei 2017 (PIC) — Tentera Zionis memecah masuk dan menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin termasuk sembilan remaja bawah umur dalam operasi sepanjang malam tadi di Tebing Barat dan al-Quds.

Tiga remaja bawah 18 tahun ditangkap di bandar Beit Fajjar di selatan kota Beit Lahm, sementara seorang lagi ditangkap di kota al-Khalil.

Di al-Quds, polis Zionis menculik lima penduduk dari rumah mereka di daerah Silwan di selatan Masjid al-Aqsa.

Dalam kejadian di kota Qalqiliya, tentera Zionis memecah masuk beberapa buah rumah sehingga mencetus pertempuran sengit dengan kumpulan pemuda Palestin. Mereka turut merampas beberapa buah kamera keselamatan serta rakaman video.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts