Tentera Serang Masuk Penjara Negev

RAMALLAH, 3 Nov 2015 (PIC) — Pasukan khas tentera Zionis menyerang dan menggeledah Seksyen 3 di penjara Negev, yang khususnya menempatkan tahanan pentadbiran, awal pagi ini.

Dalam serangan tersebut, 120 orang tahanan Palestin di Seksyen 10 dipaksa keluar tanpa membawa barangan peribadi mereka.

Tentera Zionis kebelakangan ini hampir setiap hari menyerang masuk penjara-penjara terutama sekali di Negev, Raymond dan Eshel.

Perkhidmatan Penjara Zionis dilaporkan akan membuka sebuah seksyen baharu di penjara Negev bagi menempatkan tahanan dengan hukuman yang tinggi, berikutan kesesakan di dalam penjara akibat kempen tangkapan yang sedang memuncak sekarang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts