AL-QUDS, 3 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis menyerang sebuah pusat perubatan di perkampungan al-Issawiya di Al-Quds Timur, dengan membawa arahan mahkamah untuk memeriksa rekod pesakit dan menangkap pengarahnya, Mahmoud al-Shami, untuk disoal-siasat.
Tentera menembak grenad pelali dan peluru bersalut getah serta menangkap seorang Palestin yang berada di hadapan pusat tersebut. Tidak ada pertempuran berlaku.
Khamis lalu mereka menyerang Hospital Al-Makassed di Al-Quds Timur, mencederakan pesakit dan petugas hospital.