Tentera Tangkap Lelaki Palestin Ketika Dirawat Dalam Ambulan

AL-QUDS, 14 Sep 2015 (Silwanic | Maan) — Tentera Zionis menahan seorang lelaki Palestin, Murad Sarandah, ketika beliau sedang dirawat di dalam sebuah ambulan Red Crescent setelah tercedera dalam pertempuran di perkampungan al-Issawiya di Al-Quds Timur.

Menurut kenyataan pengarah Red Crescent, Ayman Abu Ghazala, tentera Zionis menahan sebuah ambulan ketika pasukan perubatan kecemasan sedang merawat seorang lelaki yang tercedera di tempat kejadian, mengacu senjata dan kemudian memasuki ambulan tersebut. Mereka mengarahkan supaya pesakit tersebut dibawa ke hospital Hadassah. Sejurus tiba di hospital, beliau ditangkap.

Motif tangkapan dan status kecederaan beliau tidak dapat dipastikan. Beliau dilaporkan dibawa ke balai polis di Salaheddin Street untuk disoal-siasat.

Bulan lalu, tentera Zionis menutup tiga daripada empat jalan masuk ke kampung tersebut selama tiga minggu. Selepas tempoh tersebut, hanya dua laluan dibuka semula.

Perkampungan Al-Issawiya sering diceroboh masuk oleh tentera Zionis sehingga mencetus pertempuran dengan pemuda Palestin.

Bulan Mei lalu, Jawatankuasa Perancangan Daerah Dan Bangunan Zionis merampas tanah seluas 700 dunam (173 ekar) di perkampungan tersebut untuk dijadikan sebuah taman negara.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts