Tentera Zionis adakan latihan di selatan Nablus

NABLUS, 11 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis petang semalam memulakan latihan di kawasan timur bandar Aqraba di selatan wilayah Nablus.

Mereka mendirikan puluhan buah kemah dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai zon larangan tentera.

Tentera Zionis sering mengadakan latihan berdekatan kawasan kebun penduduk Palestin terutama pada musim menuai zaitun sehingga menyebabkan kerosakan terhadap hasil tuaian dan petani tidak dapat memasuki kebun mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts